Thursday, February 10, 2011

PETUA ORANG CEMERLANG




(Dato' Dr. Mohd. Fazilah Kamsah)

  • Orang yang cemerlang sentiasa ceria dan bersemangat. Gunakan pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan kita ceria dan bersemangat setiap hari.
  • Orang yang cemerlang sentiasa menggunakan potensi minda seoptimum mungkin. Minda mengawal setiap tindakan yang kita lakukan.
  • Orang yang cemerlang sentiasa membentuk dan merobohkan tembok yang menghalang hubungan yang kental.
  • Orang yang cemerlang mengenali dirinya secara mendalam dengan menggunakan beberapa kaedah yang bersepadu.
  • Orang yang cemerlang sentiasa berusaha secara istiqamah bagi menangani ketakutan
  • Orang yang cemerlang sentiasa menganggap orang di sekelilingnya sebagai aset.



Inilah antara beberapa petua yang dapat aku share. Bagi aku untuk cemerlang bukan mudah tetapi jika kita berusaha insyaallah semua kerja kita akan menjadi lebih cemerlang dan juga tidak lupa tawakal kepada Allah s.w.t dan taat kepada kedua ibu bapa... Itulah anugerah yang paling berharga..

Wednesday, February 9, 2011

TOT
(Friendship, Unity and Succeful)
Pada hari ini 31 Januari 2011 iaitu pada hari Isnin, aku telah pulang ke kampung berikutan cuti tahun baru cina. Jadi SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua yang menyambutnya..



Setelah tiga hari mengikuti program TOT bersama Dr. Aziz Shah dan rakan-rakan B&K sem 5 banyak yang dapat aku pelajari, walaupun terpaksa pulang lewat ke kampung. Rasa sedih juga sebab roomate pun dah balik awal, aku juga yang balik lewat tetapi tak mengapa demi mencari ilmu aku sanggup pulang lewat. Pada hari itu juga, aku mendapat khabar yang jiran aku telah meninggal dunia akibat barah otak. Itulah dikatakan ajal maut semua di tangan Tuhan. Walaupun sekarang kita masih sihat, tetapi kita tidak tahu bila kita akan dipanggil Nya. Al-fatihah buat keluarga Pak Ngah.. Amin..
Bebalik kepada program TOT pula banyak yang ingin aku kongsikan, sambil duduk-duduk di buaian ni hehehe.. buaian baru mak aku beli.. best gak wat keje sambil berbuai.



 Program selama tiga hari tersebut memberikan banyak makna kepada aku, aku rasa bukan sahaja aku, malah aku dapat lihat rakan-rakan yang lain juga nampak perubahannya. Go exstrovert go.. memang best la.
kek semperna 3 tahun exstrovert

 Program yang dikendalikan oleh Dr. Aziz bermula petang jumaat iaitu hari yang aku rasa penuh busy dan meletihkan. Namun aku rasa puas hati kerana semasa program tersebut banyak yang aku pelajari. Pada petang jumaat tersebut, aku telah mempelajari mengenai kuasa minda iaitu menurut Sigmund Freud, terdapat tiga tahap minda manusia iaitu sedar, pra sedar dan bawah sedar. Tetapi hari ini, aku mempelajari mengenai minda pra sedar iaitu minda yang kita tidak sedar bahawa ianya wujud. Ok dapat aku kuatkan lagi di sini, jika kita tidur, kita perasan tak kita tertiondih tangan kita sendiri? Takkan... jadi siapa yang menganggkat dan mengalihnya? Sebenarnya kitalah yang mengalihnya.. Cuma pada waktu itu kita berada di alam pra sedar. Satu lagi contoh, kitakan selalu sahaja hilang kunci dan pada waktu kita solat lah kita akan teringat kembali. Ini kerana pada waktu itu jiwa kita tenang dan kita boleh membawa alam pra sedar kepada sedar jika kita benar-benar cuba menguasai minda kita dengan baik. Baiklah berbalik pula kepada aktiviti semasa program, pada petang itu kami mempelajari kuasa minda dan keyakinan diri iaitu yakin bahawa diri kita sebenarnya mempunyai potensi yang hebat. Terdapat 6 perkara yang ditekankan dalam program ini iaitu niat, audio (sebut), visual (bayang), kinestetik (bersyukur), do my best dan akhir sekali ialah saya insan terpilih. Hanya dengan enam perkara inilah saya rasa sudah dapat menggerakkan program ini. Aktiviti pertama ialah Ice berg yang mana menekankan alam pra sedar yang telah saya ceritakan tadi iaitu bagaimana untuk membawa alam pra sedar kepada sedar. Iaitu mulanya kami telah di ajar satu perkara iaitu bagaimana membengkokkan jari telunjuk dengan menggunakan kuasa minda dan memanjangkan atau menyamakan kedua-dua jari kelingking. Dengar seperti silap mata kan. Tapi inilah kuasa minda dan niat iaitu berdasarkan sebutan dan kita bayangkan yang paling penting niat tidak terpesong dari ajaran Nya. Seterusnya bagi membina lagi keyakinan diri satu modul iaitu modul Who are you? telah dilaksanakan oleh Dr. Aziz. Modul ini memerlukan ketahanan dari segi mental dan fizikal, terutamanya mental. Setelah pembahagian kumpulan dilakukan semua ahli mula melakukan aktiviti Who are you tersebut. Iaitu seorang ahli akan berada bertentangan dengan ahli lain dan sebuah meja diletakkan ditengah. Pada waktu iaitulah ahli-ahli kumpulan akan menjerit who are you? dan ahli yang seorang lagi hanya akan menjerit tiga kata-kata semangat yang telah mereka bina tadi. Kalau saya ialah hebat, cemerlang dan berjaya. Sakit tekak bila kena jerit tetapi hasilnya memang amat menakjubkan iaitu ahli dapat membina kekuatan diri dan mempertahankan kata-kata mereka.
 Pada malamnya pula, kami telah diminta untuk membahagikan kumpulan dan dalam setiapkumpulan tersebut harus ada trademark masing-masing.Ganjaran wang akan diberikan kepada ahli atau kumpulan yang memberikan persembahan yang terbaik. Peserta pertama ialah pelajar lelaki yang dikehendaki membuat gaya yang paling hensem dan kemudian ganjaran wang  telah diberikan kepada pelajar tersebut. Manakala bagi wakil perempuan dan ada juga lelaki, mereka dikehendaki membuat bunyi ayam berkokok yang paling kuat, seorang ketua, penolong, dan imam juga dipilih untuk memperkuatkan lagi kumpulan.
 Dr. Aziz juga memberikan tema bagi setiap kumpulan untuk dipersembahkan. Satu kertas mahjong diberikan dan setiap kumpulan dikehendaki menulis nama kumpulan, logo, lagu kumpulan, gambar ahli kumpulan dan sebagainya. Memang menarik dan penuh dengan makna iaitu, apabila menang, ahli akan diberikan wang iaitu wang contoh jadi bersemangatlah kami untuk melakukannya. Tema rock, nasyid, dangdut dan balada telah dilakukan oleh ahli kumpulan dengan baik. Kesimpulannya di sini ialah, semua ahli mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri dan personaliti manusia adalah pelbagai. Jika dahulu kita lihat kawan kita seperti penyanyi nasyid, tetapi hari ini, kita dapat lihat mereka seperti penyanyi rock. Kelihatan semua pelajar nampak gembira dan falsafah bagi setiap aktiviti juga telah dilakukan setelah selesai aktiviti.
Keesokan harinya aktiviti explorace iaitu dinamakan explorace 7. Unikkan namanya, biasanya kita hanya panggil explorace, tetapi aktiviti pada hari ini, menekankan kepentingan 7 itu. Keliru juga mulanya apabila kami kena mencari semuanya 7 dan setiap chek point juga ada 7 perhentian yang perlu kami penuhi. Unsur-unsur alam dapat saya lihat iaitu tanah, bunga, batu, daun, binatang/ulat, barang-barang berharga dan akhir sekali gabungan semua ketujuh-tujuh unsur tersebut digabungkan menjadi satu dan kami dikehendaki membentangkannya. Walaupun penat belum hilang, saya berasa sangat gembira kerana hari ini kami mempelajari banyak erti kawan, menghargai kehidupan dan kepentingan nombor tujuh. Sebelum explorace juga ada terdapat 6 peraturan yang perlu diikuti. Jadi apabila saya mahu lakukan kesilapan, terutamanya makan, saya akan ingat kembali 6 peraturan tersebut iaitu. Ketua adalah autority, Tuhan melihat kita, one for all..all for want, safety first. Dan No junk food. Selepas itu, pemenang bagi explorace telah diberikan ganjaran wang.


Di pendekkan cerita, pada hari ahad merupakan hari penutup program TOT, sebelum tamat, kami sempat membuat satu lagi aktiviti iaitu menggunakan straw dan ubi kentang, yang mana straw hendaklah dicucuk kedalam ubi kentang. Bayangkan bagaimana straw yang lembut mampu menembusi ubi kentang yang agak keras. Di sinilah kita dapat lihat usaha yang keras sangat penting. Saya dapat juga mencucuk kentang tersebut dalam 13 straw, tetapi ada lagi rakan-rakan lain yang mencecah hingga berpuluh-puluh. Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah jika kita berusaha dan tumpukan sepenuh minda kita terhadap sesuatu, maka usaha kita  pasti akan berhasil. Lebih kurang pukul 12 lebih majlis penutupan telah diadakan dan pengiraan wang telah dilakukan dan yang menariknya kumpulan yang mendapat tempat pertama akan diberikan darjah seperti Tun, Dato Sri dan sebagainya. Jadi diharapkan program ini mampu memperkuatkan lagi kami kumpulan exstrovert sem 5.


“Friendship, Unity and Successful”


My University (Kokurikulum)





SILAT CEKAK HANAFI

(BOOK OF RECORDS)


Assalamualikum dan salam satu Malaysia…

Pada 10/10/2010 persatuan silat cekak hanafi telah melakukan satu pencapaian yang sungguh membanggakan apabila berjaya memecah books of records apabila telah berjaya mengumpulkan hampir 10,000 ahli persatuan silat cekak di seluruh Malaysia. Memang membanggakan.. hehehe..

 



Mungkin ramai yang masih lagi tidak mengenali dengan lebih mendalam mengenai silat ini tetapi silat cekak merupakan satu seni pertahanan diri yang amat sesuai dipelajari oleh semua orang terutama wanita.

Disini terdapat beberapa keistimewaan mempelajari silat yang au rasa dapat membantu kita yang sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana pada zaman yang semakin mencabar ini, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Yang pertama ialah kita dapat mempertahankan diri dari bahaya. Serta dapat menguatkan lagi badan atau kesihatan mestilah akan bertambah baik dan kita juga dapat menjaga keluarga dari ancaman luar dan banyak lagi faedah yang dapat kita perolehi.

KERJAYA DAN ANDA...........



PENTAKSIRAN UJIAN SOAL SELIDIK MINAT PEKERJA ATAU SDS - (RIASEC)

Soal Selidik Minat Pekerjaan atau Self-Directed search digunakan bagi mengenal pasti minat kerjayaindividu. Enam bidang minat yang dapat diukur adalah:

§  Realistik (R)
§  Investigatif (I)
§  Artistik (A)
§  Sosial (S)
§  Enterprising (E)
§  Konvensional (C)

Pentafsiran profil ujian SDS
Realistik: R
Individu yang mempunyai kemahiran atletik ataupun mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan.

 Contoh pekerjaan adalah jurutera awam, jurutera kereta api, operator mesin, mekanik kapal terbang, mekanik kereta, juruteknik elektronik, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu dan lain-lain.


Investigatif : I
Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
 
 Contoh pekerjaan adalah ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kaji bumi, penyelidik sains, ahli antropologi dan lain-lain.

Artistic: A
Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja rutin ataupun berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

 Contoh pekerjaan adalah penyair, pemimpin orchestra, penyanyi konsert, pengubah lagu, pengarang, pelukis perdagangan, pelukis potret, wartawan, pelukis kartun, peghias rumah dan lain-lain. 


Sosial: S
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat memberitahu, menolong, melatih, memperkembankan, menubati dan membuat kebajikan pada orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajiakan.

 Contoh pekerjaan adalah speculator , ahli aktuari, eksekutif pengiklanan, eksekutif perniagaan, pengarah syarikat, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, jurujual insurans dan lain-lain

Enterprising: E
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhir adalah mencapai keuntungan organisasi dan ekonomi.
 
 Contoh pekerjaan  adalah speculator, ahli aktuari, eksekutif pengiklanan, eksekutif perniagaan, pengarah syarikat, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, jurujual insurans dan lain-lain.


          Konvensional: C
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang kerani serta mempunyai kebolehan dan kemahiran menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
 
 Contoh pekerjaan adalah penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurutrengkas, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji, operator komputer, penilai harta, jurujual insurans, kerani insurans dan lain-lain.






INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS
(SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
    1. CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
    1. SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
    1. TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
    1. ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
    1. PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
    1. BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.









KOIR KAB...
(Suara Putra Putri KAB)



Mungkin ramai yang belum mengetahui mengenai kelab Koir KAB, namun kelab ini, merangkak sedikit demi sedikit untuk membina empayarnya yang kini semakin menuju ke arah perkembangan yang semakin menakjubkan. Ye aku memang bangga dapat menjadi salah seorang dari ahlinya.


Di dalam bilik koir

Walaupun aku pernah meninggalkan kelab ini buat satu semester atas sebab yang tidak dapat dielakkan, namun aku nekad kembali untuk menyambungnya, kerana aku dapati walaupun ianya merupakan satu nyanyian atau hiburan namun banyak yang dapat aku 
pelajari mengenai koir. 




Bergambar sebelum ke pertandingan di Kolej ZA'BA
Dulu aku hanya tahu tentang suprano dan auto sahaja iaitu dua suara yang bergabung dalam mengiramakan lagi lagu tersebut, namun sekarang baru aku tahu mempelajari koir juga dapat mengurangkan stress. Stress yang bagaimana ye???? hehehe okey sekarang cuba lihat gambar yang dibawah.



Team koir

Nampakkan??
Kita ada cara kita yang tersendiri untuk melepaskan tekanan, mungkin ini boleh menjadi satu cara yang sesuai untuk kita dan jangan lupa bahawa sesedih atau stress mana pun kita tidak boleh lupa untuk membaca al-Quran dan mengingati Allah s.w.t tetap perlu bagi seorang musim...


Mengeratkan lagi hubungan

Koir KAB ini dikendalikan oleh Anis dan Yunis, mereka berdualah yang banyak bekerja keras dalam menjayakan unit ini. Thank You very much….



Anis
Yunis

Ahli? Nk tau berapa bilangan?
Cuba tengok..
Ramaikan.. memang menjadi rebutan, jadi joinlah Koir KAB hehehe..





Kenangan sewaktu pertandingan 2009
Baru-baru ini, koir KAB telah mengikuti satu pertandingan yang dianjurkan oleh Kolej Za’ba semperna sambutan karnival Kolej Za’ba, jadi seramai enam kumpulan telah bertanding dan apa yang mengejutkan  koir kami telah menjadi juara. Tahniah diucapkan…


Bergambar selepas pertandingan

Sunday, February 6, 2011

SAJAK BUAT ABAH

Pesan Abah

Lewat petang itu
Selayang khabar merobek sukma
Menyusun pilu di dalam kalbu
Merakam resah di dada
Abah tercinta telah tiada


Masih terngiang suara abah
Abah perlu pergi segera
Petang ini sediakan juadah
Masak lemak cili api
Ulam sejenis dua
Buat pembuka selera

Hidangan di dapur telah sedia
Menanti abah untuk menjamah
Hajat abah tak terlaksana
Dijemput pulang bertemu yang esa

Pesan abah sebelum melangkah
Bekalan ukhrawi semai di hati
Agar celik ribuan kealpaan
Mengupas ketakwaan sebagai pegangan
Kerana hidup hanya persinggahan

Wajah tenang abah aku tatapi
Tiada lagi kuntuman senyum murni
Tiada lagi bicara bestari
Hanya jasad terbujur kaku
Menanti dirinya ke dunia abadi

Senja jingga menutup warna
Lamunan disiram kalimat berharga
Pesan abah membugar di kalbu
Jadilah anak berilmu
Walau abah telah tiada
pesan abah Tetap bersamamu anakku.

Tinta kalam:
Nor Hasmanazil Aziza Binti Mustapa

Monday, January 17, 2011

Tersenyumlah...

Tertawa sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Bahkan, kerana itu Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu sempat berkata: “sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku.” Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri sesekali tertawa hingga Nampak gerahamnya. Bergitulah etrtawanya orang-orang yang beraqal dan cerdas yang membawa akibat positif bagi jiwa dan menjadi penawar bagi hati yang resah.
(Sumber dari buku ‘La Tahzan’-Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)



 

Namun begitu kita tidak bolehlah ketawa berlebihan dengan maksud mengejek atau mencemuh sebagaimana dikatakan dalam pepatah”
“Janganlah terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati”