Lewat petang itu
Selayang khabar merobek sukma
Menyusun pilu di dalam kalbu
Merakam resah di dada
Abah tercinta telah tiada
Masih terngiang suara abah
Abah perlu pergi segera
Petang ini sediakan juadah
Masak lemak cili api
Ulam sejenis dua
Buat pembuka selera
Hidangan di dapur telah sedia
Menanti abah untuk menjamah
Hajat abah tak terlaksana
Dijemput pulang bertemu yang esa
Pesan abah sebelum melangkah
Bekalan ukhrawi semai di hati
Agar celik ribuan kealpaan
Mengupas ketakwaan sebagai pegangan
Kerana hidup hanya persinggahan
Wajah tenang abah aku tatapi
Tiada lagi kuntuman senyum murni
Tiada lagi bicara bestari
Hanya jasad terbujur kaku
Menanti dirinya ke dunia abadi
Senja jingga menutup warna
Lamunan disiram kalimat berharga
Pesan abah membugar di kalbu
Jadilah anak berilmu
Walau abah telah tiada
pesan abah Tetap bersamamu anakku.
Tinta kalam:
Nor Hasmanazil Aziza Binti Mustapa
No comments:
Post a Comment