KERJAYA DAN ANDA...........
PENTAKSIRAN UJIAN SOAL SELIDIK MINAT PEKERJA ATAU SDS - (RIASEC)
Soal Selidik Minat Pekerjaan atau Self-Directed search digunakan bagi mengenal pasti minat kerjayaindividu. Enam bidang minat yang dapat diukur adalah:
§ Realistik (R)
§ Investigatif (I)
§ Artistik (A)
§ Sosial (S)
§ Enterprising (E)
§ Konvensional (C)
Pentafsiran profil ujian SDS
Realistik: R
Individu yang mempunyai kemahiran atletik ataupun mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan.
Investigatif : I
Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Artistic: A
Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja rutin ataupun berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Sosial: S
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat memberitahu, menolong, melatih, memperkembankan, menubati dan membuat kebajikan pada orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajiakan.
Enterprising: E
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhir adalah mencapai keuntungan organisasi dan ekonomi.
Konvensional: C
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang kerani serta mempunyai kebolehan dan kemahiran menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS
(SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
- CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
- SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
- TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
- ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
- PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
- BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
- PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.
No comments:
Post a Comment