Sunday, February 13, 2011

Diriku memang diriku....

Nak cerita tentang aku memang panjang lebar.. takut korang tak nak baca lak hehehe.. jadi aku cerita sikit jela.. tak feeling sangat pun tapi just perkongsian...

Lahir di Pahang.. tapi mak dan arwah abah berasal dari kelantan.. tetapi semangat kelantan tu ada la sikit hehehe... go red warrior go...hehe...


Dahulunya aku bukan seorang yang cerdik, namun berkat doa ma dan arwah abah aku dapat berada di menara gading ini... memang best belajar kat upsi.. tak percaya datangla. Untuk mencapai ketahap sekarang banyak yang telah aku lalui.. walaupun terdapat banyak halangan namun aku redha.. terutama selepas pemergian ayahanda tercinta... aku ada tulis satu novel tajuknya “tinta kalam buatku dan al-usrah” masa semester satu sepenuhnya mengenai diri aku dari baby hinggalah dewasa sekarang.... siapa-siapa yang nak baca bagitau aku ek.. guna Facebook pun ok.. jadi tak perlu cerita panjang-panjang la..



Dapat tunjuk cover depan je sebab dah hilang  masa format dulu

Ringkasnya sedikit lagi... sekarang aku menuntut di UPSI.. ya Universiti Pendidikan... bakal seorang kaunselor dan dahulunya aku mengambil diploma di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka sekarang dah tukar jadi KUIM dah.. mengambil diploma kaunseling... best memang kenangan terindah kat sana nie gambar kawan-kawan aku masa majlis graduate...

Kenangan terindah...

Bermula  dari pelajar yang pasif aku meningkat sedikit demi sedikit demi meneruskan harapan arwah abah untuk menjadi seorang guru dan ma yang selalu menjadi pembakar semangat aku.. terima kasih tak mungkin dapatku balas hanya dengan inilah caranya...

Ibuku...

Nak belajar memang susah tetapi kalau dah belajar senang punya cuma usaha dan tawakal tu yang penting. Aku rasa kalau Encik Aziz tak memberi tugasan membuat blog in, tak mungkin aku dapat memiliki blog yang cantik ini... cantik ke? Yela kita punya blog mesti la kata cantik kan... tapi isi pun penting terutama untuk pelajar-pelajar kat luar sana, tapi pandangan orang pun kena ambil kira dan jangan selalu pandang negatif...
Jadi disini ingin aku memperbaiki diri yang memang diriku ini serta pelajar-pelajar kat luar sana... kalau ada yang kenal.. gunakanlah blog ini sebagai rujukan kerana rujukan juga penting untuk kita.
Jadi ada tips sikit yang aku ingin kongsikan iaitu untuk menjadi pandai memang senang tetapi untuk menggunakan kepandaian itu bagaimana? Ok renung-renungkan...dan selamat beramal.. fikirkan dengan ayat “pandai” kita boleh buat 100 matlamat dan mungkin juga 1000, 10,000 dan sehinggalah tidak terkira...



Salah dan silap sepanjang penulisan harap dimaafkan..... sayang semua.....

No comments:

Post a Comment