Wednesday, February 16, 2011

Hari Yang Sibuk...


Selamat berjumpa lagi... rindu kat blog nie.. sorry sebab aku busy sikit tapi aku takkan tinggalkan blog ini dan cuba untuk berkongsi apa yang aku dapat dan untuk kita semua bertukar-tukar ilmu... tadi jam 6 aku bangun nak siapkan buku program untuk program who am i yang akan bermula jumaat ini. risau gak tapi tawakal je la, yang penting dah berusaha....


Hadiah buat peserta program Who am I?
Sebelum program ini banyak yang dapat aku belajar walaupun aku hanya bakal kaunselor sekarang aku dapat lihat yang tugas kaunselor ini betul-betul mencabar. Dulu aku ingat kaunselor hanya duduk kat bilik kaunseling dan tunggu pelajar datang, tetapi sekarang tanggapan aku dah berbeza....letih tu la yang aku boleh cakap tapi tak bermakna merunggut...


Ini adalah antara beberapa aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang minggu


Persiapan program Who Am I?
Bengkel Koir

Seni Rupa

Aku betul-betul rasa berterima kasih kepada pensyarah konsultasi kerana memberikan aku dan rakan-rakan untuk membuat program seperti ini walaupun hanya enam orang sahaja yang terlibat. Bayangkan kat sekolah nanti kita seorang lagi gerunkan..... tapi itulah bermula dari sekarang, VIDEO, BLOG, BUKU PROGRAM, LDK, PAMPLET, POSTER dan sebagainya semua aku dah pelajari cuma perlu digunakan disekolah nanti.


Agak rumit tetapi menarik itulah yang boleh aku katakan..... jadi janganlah salah tanggap terhadap kaunselor di sekolah.. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Kadang-kadang orang yang kita tak suka itulah yang akan jadi kawan kita. Tengok-tengok dialah yang akan menjadi inspirasi bagi kejayaan kita.


Di sini aku nak share ngan semua rakyat di Malaysia tentang tugas-tugas kaunselor.... renung-renungkanlah bahawa kita semua adalah satu amanah dan berpegang kepada amanah dan perlu menjaga amanah...
  • Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  • Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  • Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  •  Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan  keperluan IPT.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di  institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan KAunseling,  Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  •  Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  • Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan  Bimbingan dan Kaunseling.
  • Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan KAunseling.
  • Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  •  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
  •  Menjadi personel perhubungan/seranta sekoalh dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  •  Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  •  Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.
  •  Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.
  •  Menjadi Penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.

Nie baru sikit yang kita tahu... yang kita tak tahu????? fikir-fikirkanlah...



No comments:

Post a Comment